booooorrrinnngggg.....!!

Thursday, October 23, 2008
aduh...lenguh badan la...
hari ni mcm xlarat je nak pg mana2...
myb banyak sgt tido la kot...huhu..td pagi aku bangun je dari tido..terus bukak lagu gila2..
1st time tu....napa ntah..apa punya kepala pagi tu..but aku dah solat subuh....yeaarrrhhhh....

haha..aku xtau nak tulis apa..gelak je la...huar..huar..huar~
jap..aku nak cari pic2 yg best untuk simpan dlm blog ni..myb boleh buat kenangan atau muhasabah diri...

erk...malas la plak...hurm, nak cari artikel pon...xlarat nak baca..huhu~
ala..malas la..
nak out dulu..nak sambung tdo..
bye...
Read On 0 comments

ada artikel best...." ADUHAI 4 ORANG ISTERIKU "

Wednesday, October 22, 2008
Ni posting kedua aku hari ni...ingatkan nak tutup dah blog ni td...tapi aku terbaca satu artikel...bagi aku..mmg terkesan..tp xtau la org lain mcm mana...erm, aku simpan la untuk tatapan masa akan datang..mana la tau ada orang jumpa blog ni n baca sampai abeh..myb ada pengajarannya...


so semua marilah kita hayati cerita nie bersama
ADUHAI 4 ORANG ISTERIKU

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.



Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.



Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.



Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya. Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi.



Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."
Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya,

"Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?"

Isteri keempatnya terdiam.

"Tentu saja tidak!"
jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.



Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya,
"Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?".


Isteri ketiganya menjawab,
"Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati".



Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu. Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya,
"Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? "


Si isteri kedua menjawab perlahan,
"Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."



Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara,
"Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu."



Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal,


si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."


Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini; ISTERI KEEMPAT tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.



ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.



ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.



DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.



Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!


22/10/08 - 1419egy ; 2019 mas ~ arma
Read On 0 comments

bangganya.....huhu~

Wednesday, October 22, 2008
bismillahirrahmanirrahim
salam..

hari ni aku pergi kuliah...bangga gler..hahaha~
walaupun hanya cuma untuk ambil natijah tahlul dam jer..tapi syg la xleh amik tazkarah rusum..
apa2 pun hari tetap bukan hari terbaik aku walaupun hari ni lebih baik dari semalam sebab hari ni genap 5 kali aku x solat subuh..huahua...qada' je la jawabnya...

actually aku x tau nak tulis apa cma saja borng2...nak gak tulis..


hari ni duit aku tinggalkan 5 genih je..mcm mana la aku nak makan lagi seminggu ni..tapi kan..sebenarnya aku x kisah sgt..kat mesir banyak makanan...lain la kat malaysia tu..roti canai pon 70 sen...apa2 pun aku kena yakin rezeki tu datang dari Allah..


Aku bersyukur sangat, Alhamdulillah aku dikurniakan nikmat keimanan dan kepercayaan kepada kehadiran Allah dalam diri aku yang selama ni membantu aku bernafas dengan roh aku x nampak dan x rasa...keagungan yang maha esa dan maha kuasa..insya-Allah akan aku junjung amanah Allah dan Rasul ini sebagai tanda kesetiaan dan kemuliaan agungnya tuhan aku, Allah..


tapi,
macam mana aku nak buat semua tu?
sebenarnya...aku sendiri masih kabur dengan jalan yang aku susuri...mencari jalan Islam dan Iman macam aku ini berada dalam lorong yang sunyi sepi.. yang ada hanya pohon2 yang berayun2...desiran angin yang menakutkan..

semua tu xdisangkal hanya manusia yang lalu dan melintas dalam hidup aku...pohon2 yang mengajak dan menghalau aku ke arah mereka...desiran bunyi yang membuktikan kalam2 manusia yang sentiasa berkata2 mengenai baik dan buruk aku..yang pastinya, itu juga salah satu dari diri aku...berbunyi...bersiul..bercakapkan tentang baik buruk org lain..


aku..acapkali terasa mcm dikeremuni oleh semut2 kecil yang menggigit..kadang2 hati aku pedih..agaknya kena gigit dengan semut tu kot..aku jadi serabut..tension...padahal xdak apa2 pun yg berlaku kat aku..selalunya tengah2 bulan mcm ni la...mood aku jadi kelam kelibut...aku pon xtau kenapa...?



pernah jugak aku pk...aku perlu menyusun langkah sekali lagi...untuk mencari halatuju sebenar aku...nampaknya..bukan setahun sekali... azam..aku perlu perbaharui tapi setiap hari..dan setiap hari dan minit tu la aku perlu memperbaharui..tapi macm mana aku nak buat ye?


alamak..cakap pasal 'tapi' ni..aku banyak sgt gna perkataan tapi...dah 20 tahun aku hidup..aku rasa perkataan tapi tu macam perkataan wajib untuk manusia yang suka beralasan macam aku...patutla aku x berjaya dalam hidup kan..suka sangat beralasan...


hurm...macam mana nak jadi manusia yang x beralasan yer..? ada ke yang boleh tolong aku..?aku tengok semua orang suke je bagi alasan.....satu lagi benda yang aku x leh nak ubah...aku ni ska sangat berangan nak jadi hebat..bukan makna kata..aku nak jadi hero ke...kuat ker...bukan cm tu..aku cma teringin nak jadi seorang yang berjaya.. so far..kalau aku cebur diri dalam bidang niaga ni...aku berjaya jadi tumpuan org..bukan kata nak bangga..tapi maksud aku...orang tumpu kepada aku untuk minta pendapat dan sebagainya..sebab aku suka bagi pendapat aku..but aku xska org mempertikaikan pendapat aku...


ha...mempertikaikan pendapat tu bukan maksud aku xleh langsung..kalau benda tu salah..tegur la..xpa..yang aku xska cma...kalau org tu bawak mulut ckp yang bukan2 mengenai pendapat aku..kalau salah..juz facr maself...tell me word by word...rasanya x salah kan..aku pon suka mcm tu..asalkan ckp tu x tinggikan suara..





22/10/08 - 1326egy ; 1926 mas ~ arma
Read On 0 comments

keinsafan itu nikmat yang dah hilang dari aku..betul ker??

Tuesday, October 21, 2008

Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan
engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi.


salam...

dah dua hari aku x tulis diary kan...semalam dah masuk cc tapi lpa nak tulis..eheh..dok ralet perayat awek..hehe..bukan perayat pon cma ada conferrence ckit...

sebenarnya...aku rasa sedih..serabut..tension la..apsal la sejak dua menjak ni aku macam nak kembali kepada perangai lama aku...teruk la mcm ni...aku x ska perangai lama aku.. ya Allah..berikan la aku kekuatan...=(






kalau lah perangai aku jadi macam dulu...mesti susah aku nak berubah untuk kali kedua..aku harapkan kekuatan dari-Mu Ya-Allah...aku cintakan-Mu dan juga Rasul-Mu...ampuni aku ya-Allah...

hurm, malam ni dah masuk tiga hari aku x study...xtau la apa nak jadi dengan aku...main banyak..aku ni kan..bila difikir2kan balik...aku ni macam sangkut sangat dengan satu kata-kata ni...aku nak share la takut masa kedepan nti aku lpa kata-kata ni...

" Beruntunglah muslim yang dijadikan akalnya sebagai
pemimpin dan nafsunya sebagai tawanan. Rugilah muslim yang dijadikan nafsu sebagai pemimpin dan akalnya sebagai tawanan."


myb sebelum ni aku macam kata2 yang kat atas ni.......Rugilah muslim yang dijadikan nafsu sebagai pemimpin dan akalnya sebagai tawanan."..


sebab banyak sgt nafsu jadi tentera...sampai akal aku kena tawan..nafsu nak benda ni..aku ikut jer..nak buat benda tu..aku ikut jer...lemah betul iman aku...aku dah cba banyak kali untuk laan nafsu ni...aku harap Allah x matikan aku dalam keadaan begini...keadaan sebelum aku betul2 jumpa jalan pulang...

betul la apa yang orang cakap...

makin tinggi iman yang kita cuba capai..makin besar syaitan yang menggoda...makin banyak yang kita kejar...makin banyak yang kita rasa x cukup...mcm kita bertaubat la..makin kita bertaubat, kita akan rasa makin banyak dosa..lain la kalau orang xnak bertaubat,....dia akan rasa dia xbanyak dosa..

Akal itu menteri yang
menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan.

so, kalau kita nak tau kita ni baik ke..jhat..atau kita ni banyak buat pahala ke..dosa..fikir sendiri la..kalau dah rasa macam xdak dosa tu..maknanya kita buat banyak dosa dari pahala..sbb dosa tu menutup hati kita dari melihat kebenaran..so, orang yang xnampak kesalahan diri sendiri...maknanya dia tu banyak la dosa...

lainla kalau sblm ni dia x nampak..tapi tiba2 rasa bersalah..rasa berdosa..tu maknanya..Allah bagi dia peluang untuk mencari kebenaran..so, kejar cepat2 dan jaga elok2 kurniaan Allah tu..

Aku bukan cakap kat org lain..aku bagi motivasi kat diri sendiri..dengar tu yusri...hang penah dpt kurniaan ni satu masa dulu..tapi apsal buat dono yer...skrg dah banyak hilang...rugi je allah bagi nikmat tu..

Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik,Fikirkan tentang
seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.

hurm...apsal la aku bengong sangat dulu..sekejap je aku pertahankan perasaan tu..perasaan yang penuh kenikmatan..silap aku jugak...bila dah sampai mesir..buat xtau je kuliah pengajian dan talaqqi..Aku dapat rasanya..semua tu Allah bagi untuk aku perbaiki diri aku dan untuk memudahkan aku menjalani hidup sebagai seorang muslim yang taat kepada perintah-Nya...kira nikmat yang Allah bagi kat aku ni sebenarnya nak suruh aku jadikan suatu kesinambungan hidup aku kat mesir..

bila hati kita dah bersih..ada sejuta keinginan melakukan kebaikan..kita akan mencari ilmu..dan ilmu tu akan membentuk diri kita menjadi seorang muslim yang hebat..bydaway...aku nak kuar dulu...nak layan lagu kat blog aku ni..sedap lak...=)



21/10/08 - 1530egy ; 2130 mas ~ ebad rahman

Read On 0 comments

muhasabah diri...moga2 hilang penat hari ni...

Monday, October 20, 2008

Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya. Khalifah Umar al-Khattab



fuh...
Penat jugak hari ni..tapi, aku pergi kuliah pon, masuk kejap2.sebab aku buat urusan lain...aku baru je balik dari kuliah ni...harini aku balik awal..lapar la..xsarapan lagi...hurm...aku nak rakamkan apa yg berlaku hari ni..myb aku bley baca balik untuk rujukand an pedoman aku masa akan datang...ameeennn...


Pagi tadi aku bagun lewat lagi...tapi lebih awal dari semalam...dalm 3 hari dah aku bangun lewat. hari ni aku bangun pukul pukul 6.30 kalau x salah.


Aku rasa macam malas nak pergi kuliah...aku pekup kepala aku dengan bantal aku tu...busuk pun busuk la..asalkan aku bley sambung tido...huhu..teruk tol.


Nilai seseorang sesuai dengan kadar tekadnya, ketulusannya sesuai dengan kadar kemanusiaannya, keberaniannya sesuai dengan kadar penolakannya terhadap perbuatan jahat dan kesucian hati nuraninya sesuai dengan kadar kepekaannya terhadap kehormatan dirinya Khalifah Ali bin Abi Talib


tapi dalam hati aku, aku tekad betul2..aku ckp keras2..
aku bukan pemalas..
aku nak pergi kuliah..
aku kena pergi kuliah...
lama jugak aku tekan diri aku dengan ayat2 macam tu..ada la dalam 2 minit macam tu...akhirnya motivasi diri pertama aku berjaya..aku bangun dan terus ke bilik air..ntah macam mana la semangat aku dijana..ckit demi ckit aku rasa semangat..mula2 ingat nak mandi je...pastu nampak baju banyak yg x basuh lagi...sempat lak aku rendam baju aku tu..huhu..rendam je..bukan basuh lagi..kira ok la tu...daripada kotor macam tu je..


aku rasa aku kuar rumah dalam pukul 7.30 kalau x silap la...sampai mator dalam pukul 7.45 rasanya la...sebab aku naik bas pun naik pukul 8.05 minit...tu pon rasa lama gak tunggu...


dalam banyak2 hal yg berlaku hari ni, salah satu benda yg aku x berapa setuju dan x suka...pasal budak2 pompuan ni naikbas pergi kuliah...dah la laki majoriti dalam bas..dok himpit2...eeeeeeeeeiiissshh..meluat aku tengok..siqah ka..xsiqah ka..apa aku peduli..dah tau dalam bas tu ramai laki arab..n dah tau laki arab ni jenis gatal...dok masuk jugak apsal...pergi la jalan kaki..dekat je..xjauh...

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan kata-katalemah-lembut ~ Saidina Umar bin Al-Khatab


lain la org laki..ala..aku tau dorg mesti nak buat alasan..penat...diorg naik pon bas yg 24jim...sebab ada ramai ustaz...so, kunun2nya diorg rasa lebi selamat..aduyai..kalau dah kena tu, maruah tu bukan bley pulih balik...macam tu jugak...


kadang2 tu, bila tgk pompuan kat cni..yg x pandai nak jaga diri..aku rasa mcm malas lak nak cri bakal isteri dari cni..tapi bakal2 isteri keluaran cni la yg paling bermutu..hehe...mana x nya..kita dah xyah susah2 nak ajar agama..semua tau sendiri...


erm,
aku sampai kuliah dalam pukul 9.00...lebih kurang la..pastu akuterus larinak bayar rusum..tapi aku silapberatur la..haha...ponat je beratur panjang2..padahal yg pergi bayar rusum..ckit jer..mampos..buat penat je..dah la aku keluar dari kuliah pertama semata2 nak bayar rusum...


xpa la..tu x kisah sebab aku dah buat bayaran..cuma pak arab ni soh mai hari len untuk amik resit..mengarut tul..resit ada depan mata, saja xnak bagi...hurm, bydaway..biasalah diorg uat kerja manual...so nak koyakkan resit pon manual jugak la...x macam kita..pakai komputer...senang je..

Orang yang terlalu memikirkan
akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampaibila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani.



nasib bek aku jumpa member aku..dia ajak aku pergi ambil natijah tahlul dam...nasib bek dia ajak...kalau x akux terpk nak pg pon...tapikan, tu la perangai arab...aku pergi amik tp tazkarah x siap lagi..hampeh..mula2 ckp..pukul 11 setengah..bila aku eprgi balik..dia ckp 12 stgh..ale2 aku ckp kat dia..aku dtg esok je la..


hurm...
myb dugaan yangbesar akan menjadikan aku ulama' yang hebat jugak...tu yang aku pk la..tapi bila tgk cara aku, xmacam nak jadi ulama' pon..macmnak jadi org yang makan gaji je...aku harap akud atang belaja kat ci bukan untuk aku bekerja...tetapi untuk ilmu...


perghh..lapar la..
aku nak pergi sarapan jap..walaupun azar lagi sejam nak masuk...xpa la sarapan time lunch...dapat jgak makan..kalau nak dibandingkan pengemis2 n bekiaq2 yang kutip sampah...sian diorg..tp aku nak tolong pon xmampu..


xpa la..aku nak pergi kuar malam dulu...
salamzz....


19/10/08 - 1530egy ; 2130 mas ~ ebad rahman
Read On 0 comments

sebak lak aku time ni...huhu

Sunday, October 19, 2008

Cinta suatu yang indah, cinta boleh
buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah...=(



salam semua...
hari ni aku x pergi kuliah. Tapi azam tu mmg nak pg..nak buat mcm mana, bangun pun pukul 8..kuliah pukul 9..xsempat..pagi td mood aku x ok la...aku ingat nak tulis blog..tapi bila bukak je tenet, aku makeup blog aku sampai masuk zohor..

aku ada banyak benda nak luahkan..semuanya buatkan aku rasa sedih..sebak...
orang cakap perasaan2 tu..perasaan orang yang lemah..betul ke?

ntah la..aku rasa mcm betul la plak..
myb aku dalam mood cintan kot pg td...huhu

"Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan
tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan"


tadi aku ada baca ayat-ayat jiwang kat satu web blog ni..ada betul gak apa yg dia tulis..so, aku copy la n letak kat atas tu..sbnrnya, sebelum aku bukak blog aku, aku nak tulis pasal member2 hira' aku..tapi tiba2 je tukar angin lepas aku sms dengan ex-awek aku..ala..awek yang aku pernah cerita sebelum ni...




tadi aku sms dia..saja nak nyakat...saja la aku match kan dia dengan hadi..tapi dia ckp, itu terpulangla kat hadi..dia yg pilih..erm, aku tiba2 rasa sebak..sedih lak rasa..
aku sayangkan dia lagi..syg sgt2...tp bila dah jadi mcm ni..rasa bodoh plak lepaskan dia..
myb mmg dah ditakdirkan dia bukan untuk aku...


aku rasa aku dah kena mulakan langkah yang drastik untuk lupakan efa...untuk kebaikan aku...dan jugak untuk kebaikan semua...

"Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali."


hurm....
aku terpk satu benda la..myb Allah nak balas kat aku kot..sbb masa kat malaysia aritu, hati aku ni jadi berbelah bagi sebenarnya...tp time tu aku still syg dia...xkurang pun...erm, myb la Allah nak aku rasa apa yang sepatutnya..

pedih...memang pedih..



erm, betul ke apa yang aku buat ni yer..?
aku rasa mcm nak nangis je tau ak...~perasaan lelaki yang lemah~huhu..~


erm, cukup kot bab cinta2 ni...sebak aku dah kurang ckit bila luah kat cni..tp still rasa gak..huahua....aku harap efa bahagia dengan pilihan dia n x salah pilih org macam aku..
aku rasa x dak sapa2 nak kat aku..dah la perangai haprak..mengaji pon maleh..x macho..gemok lak tu..tp aku rasa aku perlu kekal mcm ni untuk aku dapatkan sesuatu yang betul2 pasti..

maksud aku..biar diorg pilih aku dari keadaan aku skrg..nti dah kawin, aku jaga la badan aku..
hehe...



hurm, sebut pasal kawin ni kan...aku ada benda nak tulis..tp hari ni bad mood ckit..nti la..bye...




19/10/08 - 1530egy ; 2130 mas ~ ebad rahman

Read On 0 comments

min yuszas..?


------------------------
my email
------------------------------
my yahoo messenger


free hit counter



Ukhwah.com :: Top Blog


Flash mp3 music player code for website/myspace

posting terbaru..

borak-borak

Followers

currency converter


komen & pendapat

corat-coret