Bagaimanakah hukumnya seseorang itu mendirkan solat tanpa bersuci sampai salam?
Dan bagaimanakah caranya yang dikatakan bersuci sampai salam?
Hamba Allah, PJ
Jawapan:
Bersuci merupakan perkara yang mustahak diketahui oleh setiap individu muslim, kerana ianya merupakan kewajipan seseorang terhadap dirinya sendiri dan terhadap Allah SWT.
Firman Allah SWT maksudnya: "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri". (Al Baqarah - 222) Bersuci dapat dibahagi kepada dua iaitu bersuci daripada hadas, ini hanya tertentu pada bahagian badan, seperti mandi wajib, berwuduk dan tayammum.
Kemudian bersuci daripada najis, ini berhubungan dengan badan, pakaian dan tempat. Jadi jika seseorang itu tidak bersuci ketika mengerjakan solat bererti solatnya tidak sah dan sia-sia sahaja.
Ajukan sebarang permasalahan agama kepada saya. Sekiranya mampu untuk saya jawab, saya akan jawab sebaik-baiknya. Sekiranya tidak, saya akan cari jawapannya daripada alim ulama yang fakih dalam urusan agama. Semoga himpunan soalan2 yang tidak semuanya terlintas di akal kita, dapat kitakongsi bersama dan bermanfaat kepada kita semua.
ada sebarang persoalan ? click di sini.
ada sebarang persoalan ? click di sini.

Post a Comment