Mengeluarkan Zakat Pendapatan

Saturday, December 13, 2008
Soalan:
Pendapat dari seorang ustaz :
Beliau mengatakan kita tidak perlu membuat potongan gaji untuk zakat pendapatan kerana ia belum cukup haul (setahun). Malah ia berkata tidak perlu untuk mengeluarkan zakat pendapatan kerana tidak ada dalil untuknya dan dengan menguatkan hujah beliau bahawa wang pendapatan
ingin kita gunakan untuk keperluan hidup keluarga?
Azhar, USJ

Jawapan:

Kerja yang dilakukan seseorang dapat dibahagi kepada kerja bebas atau persendirian yang tidak terikat dengan negara seperti doktor swasta, jurutera, peguam, tukang jahit, tukang kayu dan lain-lain atau kerja yang terikat dengan kerajaan atau institusi atau syarikat kerajaan atau swasta. Pegawai terlibat dibayar gaji bulanan. Kemasukan yang diperolehi oleh setiap orang yang bekerja secara bebas atau persendirian ini dikenali menurut istilah fekah dengan nama "Almaalu al mustafaadu" ertinya harta yang boleh diambil faedah.

Dalam mazhab empat telah diputuskan bahawa "Almaalu al mustafaadu" tidak wajib dikeluarkan zakat melainkan setelah mencukupi nisab dan sempurna haulnya. Menurut fuqaha As Sayfie harta yang disimpan perlu dikeluarkan zakat, sekalipun didetik yang terakhir sebelum berakhirnya haul setelah cukup nisab.

Jika berpegang dengan pendapat sesetengah sahabat seperti Ibnu Abbas, Ibnu Mas'ud dan Muawiyah dan pendapat sesetengah tabi'in seperti (Az Zahiri, Al Hasan Basri dan Makhul) pendapat Umar bin Abdul Aziz, Al Baqir, As Sidiq, An Nasir dan Daud Az Zahiri. Bahawa dinyatakan zakat wajib dikeluarkan ke atas "Almaalu al mustafaadu" sebaik sahaja diambil harta itu, sekalipun belum cukup haul.

Kadar wajibnya ialah 2.5% berdasarkan umum nas yang mewajibkan zakat ke atas wang ringgit iaitu 2.5% samada telah sempurna haul atau tidak atau sebaik sahaja diambil faedah. Apabila seseorang Islam mengeluarkan zakat pendapatan ketika mengambil pendapatan itu tidak perlu lagi mengeluarkan zakat sekali lagi di akhir haul.

Ajukan sebarang permasalahan agama kepada saya. Sekiranya mampu untuk saya jawab, saya akan jawab sebaik-baiknya. Sekiranya tidak, saya akan cari jawapannya daripada alim ulama yang fakih dalam urusan agama. Semoga himpunan soalan2 yang tidak semuanya terlintas di akal kita, dapat kitakongsi bersama dan bermanfaat kepada kita semua.

ada sebarang persoalan ? click di sini.
Read On 0 comments

Zakat bagi Wang Umum

Saturday, December 13, 2008

Soalan:

Adakah wang umum ( misalnya wang persatuan / wang kutipan ) yang akan digunakan untuk buat sesuatu projek dan disimpan cukup haul dikenakan zakat?
Halim, Ipoh

Jawapan:

Ulamak telah bersepakat di antara syarat wajib zakat itu ialah pemilikan yang sempurna. Untuk itu harta yang tidak dimiliki oleh individu tertentu seperti harta rampasan perang, harta rompakan, keciciran dan sebagainya tidak dikenakan zakat. Begitu juga harta awam, kerana hukumnya seperti harta Baitul Mal, manakala harta persatuan tertentu atau untuk projek tertentu tidak dihukumkan sebagai harta awam, kerana kegunaannya untuk golongan tertentu sahaja, kedudukannya boleh diumpamakan sebagai harta syarikat.

Jika harta ini diniagakan dan mendapat keuntungan, hendaklah dikeluarkan zakat darinya, kerana menurut Al-Qardawi dalam bukunya Fiqh Az-Zakat sebab-sebab diwajibkan zakat pada sesuatu harta itu ialah kerana ia bertambah. Ini didasarkan kepada firman Allah SWT yang bermaksud: "Ambillah dari harta mereka zakat semoga ia menjadi suci dan akan bertambah jumlahnya." ( Surah At-Tawbah ayat 103). Sebaliknya harta umum yang tidak bertambah kerana tidak diniagakan, tidak perlu dikeluarkan zakat, kerana ia sentiasa berkurangan kerana digunakan untuk menampung kegunaannya. Jadi bebannya akan bertambah dengan mengeluarkan zakat.

Sabda Rasulullah SAW, "tidak diwajibkan ke atas orang Islam mengeluarkan zakat dari kudanya dan hamba abdinya." Hadis riwayat imam Muslim. Imam An-Nawawi ketika membahaskan hadis ini mengulas: Hadis ini menjadi asas yang jelas bagi menunjukkan harta yang beku atau harta tidak berkembang tidak dikenakan zakat.

Ajukan sebarang permasalahan agama kepada saya. Sekiranya mampu untuk saya jawab, saya akan jawab sebaik-baiknya. Sekiranya tidak, saya akan cari jawapannya daripada alim ulama yang fakih dalam urusan agama. Semoga himpunan soalan2 yang tidak semuanya terlintas di akal kita, dapat kitakongsi bersama dan bermanfaat kepada kita semua.

ada sebarang persoalan ? click di sini.
Read On 0 comments

Nisab Wang Dikenakan Zakat

Saturday, December 13, 2008

Soalan:
Berapakah jumlah wang ringgit malaysia yang dikumpul dalam masa setahun yang boleh dikenakan zakat?
Asri, Sabah

Jawapan:

Jumlah wang yang dikenakan zakat adalah mengikut kadar nisab zakat emas atau perak iaitu sebanyak 20 dinar bagi emas atau 200 dirham bagi perak. Nisab zakat wang mengikut nilaian emas atau perak ini ditentukan oleh majlis agama negeri masing masing di Malaysia. Contohnya di Terengganu nilaian tersebut bersamaan RM 2689.59 Untuk itu saudara hendaklah menghubungi Majlis Agama Islam Negeri Sabah untuk keterangan lanjut berhubung dengan perkara ini.

Ajukan sebarang permasalahan agama kepada saya. Sekiranya mampu untuk saya jawab, saya akan jawab sebaik-baiknya. Sekiranya tidak, saya akan cari jawapannya daripada alim ulama yang fakih dalam urusan agama. Semoga himpunan soalan2 yang tidak semuanya terlintas di akal kita, dapat kitakongsi bersama dan bermanfaat kepada kita semua.

ada sebarang persoalan ? click di sini.
Read On 0 comments

Tuntutan Bersedekah

Saturday, December 13, 2008

Soalan:

Sebagaimana yang kita ketahui amalan bersedekah adalah dituntut di dalam Islam. Apakah hukumnya? dan boleh tak Ustaz perjelaskan kenyataan "Amalan bersedekah dapat mengeratkan perpaduan ummah".
Ana, Raub

Jawapan:

Hukum bersedekah dalam Islam adalah sunat sahaja. Walaupun begitu fadhilatnya sangat besar. Kerana itu tidak hairanlah Rasulullah SAW sangat-sangat menggalakkan umatnya supaya rajin bersedekah dan baginda sendiri sangat kuat bersedekah. Amalan bersedakah ini dapat menjadi amalan yang bermanfaat kepada tuannya setelah ia meninggal dunia nanti.

Bagaimanpun jika seseorang itu bernazar hendak melakukan sedekah kepada seseorang, maka wajib kepadanya melunaskan sedekahnya itu kepada individu yang dimaksudkan. Maksud sedekah dapat menguatkan perpaduan ummah ialah:

1. Dengan bersedekah akan menghilangkan rasa kurang senang golongan yang miskin terhadap golongan yang berharta dan kaya.

2. Bersedekah akan menimbulkan rasa kasih sayng sesama masyarakat Islam baik yang kaya mahupun yang miskin. Sifat dengki akan hilang.

3. Bersedekah akan mendatangkan keberkatan. Apabila datang keberkatan dan hilanglah kecelakaan.

4. Bersedekah dapat menghilangkan kesusahan yang dialami oleh orang-orang yang kesempitan. Ini ,menggambarkan wujudnya sifat saling membantu antara satu sama lain dalam masyarakat.

Keempat-empat faktor yang kita bincangkan ini menjadi faktor utama ke arah kekuatan perpaduan antara sesama masyarakat Islam. Apabila wujud perpaduan di peringkat masyarakat, ia akan membawa kepada perpaduan di
peringkat negara, dari peringkat ini ia akan bergerak ke peringkat ummah seluruhnya. Inilah yang dimaksudkan bersedekah menguatkan perpaduan ummah.

Ajukan sebarang permasalahan agama kepada saya. Sekiranya mampu untuk saya jawab, saya akan jawab sebaik-baiknya. Sekiranya tidak, saya akan cari jawapannya daripada alim ulama yang fakih dalam urusan agama. Semoga himpunan soalan2 yang tidak semuanya terlintas di akal kita, dapat kitakongsi bersama dan bermanfaat kepada kita semua.

ada sebarang persoalan ? click di sini.
Read On 0 comments

Mengeluarkan Zakat Kepada Orang Yang Dikenali

Saturday, December 13, 2008
Soalan:
Assalamu'alaikum. Saya ingin bertanya, jika saya berzakat fitrah atau berzakat harta benda (wang) apakah boleh saya kirimkan melalui wang pos kepada orang-orang yang saya telah kenal pasti. Jika ia dibenarkan, bagaimana pula dengan akadnya.?
Termizi, KL

Jawapan:

Dalam mazhab Asy-Syafi'i wang zakat baik zakat fitrah mahupun zakat wang ringgit tidak boleh dipindahkan dari tempat si pengeluar zakat itu berada, kecuali jika penduduk di kawasan itu sudah tidak memerlukan wang zakat itu, di waktu itu barulah boleh dipindahkan ke kawasan lain yang bersebelahan dengannya berdasarkan kebijaksanaan
pihak pemerintah.

Justeru itu saudara tidak boleh memindahkan wang zakat saudara itu diluar dari kawasn tempat saudara tinggal walaupun kepada orang yang saudara kenal, sebaliknya hendaklah saudara membayarnya kepada amil yang dilantik oleh pihak berkuasa di tempat saudara, kerana amil lebih mengetahui siapa yang lebih berhak menerima zakat di tempat saudara itu, di samping memudahkan urusan pembahagian zakat itu sendiri.

Ketika membayar zakatnya niatnya ialah " Inilah zakat fitrah atau zakat wang ringgit yang diwajibkan ke atasku untuk tahun ini". Sesetengah ulamak mengharuskan seseorang mengeluarkan zakatnya kepada saudara yang dikenalinya walaupun diluar dari kawasannya asal sahaja saudaranya itu orang miskin atau fakir. Bagaimanapun dalam konteks sekarang ini urusan pengeluaran zakat adalah lebih elok dilakukan melalui amil yang dilantik, kerana urusan pengagihannya akan dapat dilakukan dengan baik.

Boleh jadi jika saudara mengeluarkan zakat kepada sahabat saudara yang saudara kenali itu menyebabkan berlakunya pertembungan perolehan zakat. Dengan kata lain pihak berkuasa di kawasan sahabat saudara itu telahpun memberikan wang zakat kepadanya untuk urusan hariannya kemudian selepas itu saudara pula mengeluarkan kepadanya . Di sini menampakkan wujud pertembungan dari sudut perolehan wang zakat itu sendiri. Justeru itu mengeluarkannya kepada amil adalah lebih baik, kerana maslahah umum.

Ajukan sebarang permasalahan agama kepada saya. Sekiranya mampu untuk saya jawab, saya akan jawab sebaik-baiknya. Sekiranya tidak, saya akan cari jawapannya daripada alim ulama yang fakih dalam urusan agama. Semoga himpunan soalan2 yang tidak semuanya terlintas di akal kita, dapat kitakongsi bersama dan bermanfaat kepada kita semua.

ada sebarang persoalan ? click di sini.
Read On 0 comments

Hukum Zakat bagi Pelajar

Saturday, December 13, 2008
Hukum Zakat bagi Pelajar
Soalan:

Wajibkah para pelajar yang menerima biasiswa membayar zakat sepertimana zakat pendapatan yang dibayar oleh orang yang bekerja?
Abdullah, Germany

Jawapan:

Wang biasiswa tidak diwajibkan ke atasnya zakat kerana melibatkan wang perbelanjaan seharian untuk urusan pembelajaran. Tambahan pula ia sentiasa berkurang dari semasa ke semasa dan tidak cukup haul atau tidak cukup setahun yang telah ditetapkan oleh ulama untuk melayakkan ianya dikeluarkan zakat. Apalagi saudara yang bertanya sedang menuntut di negara Germany, yang mana situasi ini amat-amat memerlukan kepada bantuan kewangan dari pihak berkuasa dan umat Islam.

Ajukan sebarang permasalahan agama kepada saya. Sekiranya mampu untuk saya jawab, saya akan jawab sebaik-baiknya. Sekiranya tidak, saya akan cari jawapannya daripada alim ulama yang fakih dalam urusan agama. Semoga himpunan soalan2 yang tidak semuanya terlintas di akal kita, dapat kitakongsi bersama dan bermanfaat kepada kita semua.

ada sebarang persoalan ? click di sini.
Read On 0 comments
Read On 0 comments

Jimak Waktu Siang Bulan Ramadhan

Saturday, December 13, 2008
sSoalan:
Saya terdapat kemusykilan persetubuhan (suami/isteri) di bulan puasa di siang hari: Ada pendapat mengatakan dibenarkan (jika terlalu tak tahan) melakukannya setelah berbuka puasa dahulu, tidak dikenakan kifarat. Dan ada pula pendapat mengatakan walau apapun keadaan seseorang dilarang sama sekali melakukannya samaada berbuka dahulu atau tidak tetap akan dikenakan kifarat?
resah, KLumpur

Jawapan:

Apabila seseorang membatalkan puasanya dengan bersetubuh, wajib atasnya membayar kaffarah yakni memerdekakan sorang hamba, jika tidak sanggup maka hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup juga hendaklah memberi makan kepada 60 orang miskin. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: "Abu Hurairah berakata;
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: "Saya telah binasa ya Rasulallah".

Rasulullah SAW bertanya: "Apa yang membinasakan engkau ?".
Dia menjawab: "Saya telah menjimak isteri saya di bulan Ramadhan".
Maka Rasulullah SAW bertanya: "Apakah engkau sanggup berpuasa dua bulan berturut-turut ?".
Dia menjawab: "Tidak".

Rasulullah SAW bertanya lagi: "Apakah engkau sanggup memberi makan 60 orang miskin ?".
Dia menjawab: "Tidak".

Kemudian dia duduk di majlis Nabi dan dibawalah kepada Nabi suatu bekas yang berisi 17 gantang kurma. Bersabda Nabi kepadanya: "Sedekahkanlah kurma ini".
Orang itu bertanya: "Apa kepada orang yang lebih miskin daripada kami. Tidak ada di antara dua pinggir kota Madinah yang lebih berhajat daripada kami".
Maka tersenyumlah Nabi hingga nampaklah geraham baginda dan bersabdalah Rasulullah SAW: "Pulanglah dan berikan kurma ini kepada keluargamu". (Riwayat Jamaah)

Hadis ini menyatakan bahawa diwajibkan kaffarah atas orang yang merosakkan puasanya dengan melakukan jimak. Menurut Imam Ahmad dan sebahagian pengikut mazhab Maliki, wajib juga kaffarah atas orang yang lupa bahawa dia berpuasa. Sebab Rasulullah SAW setelah mendengar pengaduan Salamah Ibn Sakhar itu baginda tidak meminta penjelasan apakah ia melakukan dengan terlupa ataupun dengan sengaja.

Ajukan sebarang permasalahan agama kepada saya. Sekiranya mampu untuk saya jawab, saya akan jawab sebaik-baiknya. Sekiranya tidak, saya akan cari jawapannya daripada alim ulama yang fakih dalam urusan agama. Semoga himpunan soalan2 yang tidak semuanya terlintas di akal kita, dapat kitakongsi bersama dan bermanfaat kepada kita semua.

ada sebarang persoalan ? click di sini.
Read On 0 comments

program

Saturday, December 13, 2008
PROGRAM LEPASAN SEKOLAH MENENGAH

  1. kem lepasan SPM
Read On 1 comments

Lafaz Niat yang Betul

Saturday, December 13, 2008
Soalan:
Antara lafaz niat berikut:
1. Sahaja aku puasa esok hari dalam bulan ramadhan fardhu ke atas ku kerana Allah Taala.
2. Sahaja aku puasa fardhu ramadhan esok hari kerana Allah Taala.
Yang manakah yang betul?
Junior, BP

Jawapan:
Kedua-dua lafaz itu betul kerana mengandunig pengertian yang sama cuma redaksi bahasanya yang berbeza.

Ajukan sebarang permasalahan agama kepada saya. Sekiranya mampu untuk saya jawab, saya akan jawab sebaik-baiknya. Sekiranya tidak, saya akan cari jawapannya daripada alim ulama yang fakih dalam urusan agama. Semoga himpunan soalan2 yang tidak semuanya terlintas di akal kita, dapat kitakongsi bersama dan bermanfaat kepada kita semua.

ada sebarang persoalan ? click di sini.
Read On 0 comments

Menyedut Ubat (inhaler) Ketika Puasa

Saturday, December 13, 2008
Soalan:
Saya salah seoarang pesakit asthma (lelah) dan sekarang saya sudah mengunakan sejenis ubat (inhaler) ubat itu saya perlu sedut setiap hari. Adakah batal puasa saya jika saya menyedut ubat itu?
Aje, Alor Setar

Jawapan:
Para salafussoleh tidak pernah mengenali jenis ubat dan kaedah rawatan melalui cara ini, ia merupakan satu sistem perubatan yang baru. Perkara ini mungkin identik penggunaan celak ketika puasa. Celak dan ubat titis air mata jika digunakan secara berlebihan sehingga terasa di kerongkong hukumnya membatalkan puasa. Begitu juga halnya dengan gas penyakit lelah ini, jika cecairan yang kita masukkan ke dalam mulut itu terasa di kerongkong, maka dapat menyebabkan membatalkan puasa.

Walaupun begitu berusahalah untuk menahan diri ketika siang bulan Ramadhan untuk tidak memakai cecair atau ubat athma ini. Jika keadaan terpaksa dan sangat memudaratkan sedangkan penggunaannya sekadar perlunya saja maka ia tergolong rukhsah (keringanan ) yang dibolehkan.

Ajukan sebarang permasalahan agama kepada saya. Sekiranya mampu untuk saya jawab, saya akan jawab sebaik-baiknya. Sekiranya tidak, saya akan cari jawapannya daripada alim ulama yang fakih dalam urusan agama. Semoga himpunan soalan2 yang tidak semuanya terlintas di akal kita, dapat kitakongsi bersama dan bermanfaat kepada kita semua.

ada sebarang persoalan ? click di sini.
Read On 0 comments

Mimpi (Inzal) Di siang Hari Ramadhan

Saturday, December 13, 2008
Soalan:
Soalan saya ialah adakah batal puasa seseorang itu sekiranya terkeluar air maninya semasa dia tengah tidur?
Mat, KL

Jawapan:

Bermimpi dalam berpuasa sehingga keluar mani tidaklah membatalkan puasa. Dalam hukum ini tidak ada perselisihan pendapat para fuqaha.

Ajukan sebarang permasalahan agama kepada saya. Sekiranya mampu untuk saya jawab, saya akan jawab sebaik-baiknya. Sekiranya tidak, saya akan cari jawapannya daripada alim ulama yang fakih dalam urusan agama. Semoga himpunan soalan2 yang tidak semuanya terlintas di akal kita, dapat kitakongsi bersama dan bermanfaat kepada kita semua.

ada sebarang persoalan ? click di sini.
Read On 0 comments

Mimpi (Inzal) di Malam Ramadhan

Saturday, December 13, 2008
Soalan:
Apakah hukumnya sekiranya apabila di dalam bulan ramadhan, seseorang itu tidur di malam hari dan apabila terjaga di waktu pagi (dah terbit matahari) dan dah mula berpuasa, di dapati air mani terkeluar dari kemaluannya. Bolehkah dia meneruskan puasanya dan sahkah puasanya itu?
Anwar,JB

Jawapan:
Jika kita bermimpi di malam bulan Ramadhan, dan baru tersedar ketika bangun pagi, maka segeralah mandi wajib, kemudian teruskanlah berpuasa. Sebab berjimak ataupun bermimpi pada malam hari bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Bahkan setengah ulama berpendapat bermimpi pada siang Ramadhan pun tidak membatalkan puasa namun ia harus segera mandi wajib.

Ajukan sebarang permasalahan agama kepada saya. Sekiranya mampu untuk saya jawab, saya akan jawab sebaik-baiknya. Sekiranya tidak, saya akan cari jawapannya daripada alim ulama yang fakih dalam urusan agama. Semoga himpunan soalan2 yang tidak semuanya terlintas di akal kita, dapat kitakongsi bersama dan bermanfaat kepada kita semua.

ada sebarang persoalan ? click di sini.
Read On 0 comments

Berjimak Ketika Masuk Subuh Bulan Ramadhan

Saturday, December 13, 2008
Soalan:
Suami isteri berjimak semasa waktu azan subuh dibulan puasa dan kemudian mandi wajib bolehkah mereka berpuasa, sedang apa yang saya tahu masa waktu imsak kita dikehendaki berhenti makan dan membuat perkara membatalkan puasa juga selepas azan subuh maksudnya puasa itu bermula?
Amat Unus, KL

Jawapan:
Apabila seseorang menyangka bahawa fajar akan terbit lambat lagi, lalu bersetubuh. Kemudian dalam bersetubuh itu fajarpun keluar atau terdengar suara azan, maka wajiblah ia menghentikan persetubuhan itu dengan segera (serta merta) tidak boleh diteruskan lagi. Jika ia meneruskannya bererti ia telah merosakkan puasanya dengan bersetubuh yang disengajakan. Demikian pulalah dengan orang yang minum dan makan pada waktu itu.

Jika persetubuhan itu diteruskan walaupun telah terdengar suara azan, maka hendaklah membayar kaffarah. Pertama memerdekakan hamba, jika tidak ada atau tidak mampu, dengan berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup iaitu dengan memberi makan 60 orang miskin.

Ajukan sebarang permasalahan agama kepada saya. Sekiranya mampu untuk saya jawab, saya akan jawab sebaik-baiknya. Sekiranya tidak, saya akan cari jawapannya daripada alim ulama yang fakih dalam urusan agama. Semoga himpunan soalan2 yang tidak semuanya terlintas di akal kita, dapat kitakongsi bersama dan bermanfaat kepada kita semua.

ada sebarang persoalan ? click di sini.
Read On 0 comments

Masuk Air Wuduk ke Hidung dan Telinga Ketika Puasa

Saturday, December 13, 2008
Soalan:
Bagaimana pula jika kita sudah terbiasa memasukkan air ke dalm hidung ketika mengambil air sembahyang? Begitu juga, ketika mandi wajib selepas masuk waktu subuh kerana berjimak di malam sebelumnya, kita dikehendakki meratakan air ke seluruh kulit. Bagaimana kita hendak meratakan air ke dalam cuping telinga? Dikhuatiri air akan termasuk ke dalam telinga?
Fatimah Azzahra, KL

Jawapan:
Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk pada bulan Ramadhan tidaklah membatalkan puasa, kerana memasukkan air disini bukanlah menyedutnya hingga ke dalam tetapi cukup saja dengan membersihkan rongga hidung tersebut. Begitu juga dengan membasuh telinga, cukup membasuh diluarnya saja tidaklah sampai memasukkan air ke dalam rongga telinga bagi menghilangkan dahaga.

Ajukan sebarang permasalahan agama kepada saya. Sekiranya mampu untuk saya jawab, saya akan jawab sebaik-baiknya. Sekiranya tidak, saya akan cari jawapannya daripada alim ulama yang fakih dalam urusan agama. Semoga himpunan soalan2 yang tidak semuanya terlintas di akal kita, dapat kitakongsi bersama dan bermanfaat kepada kita semua.

ada sebarang persoalan ? click di sini.
Read On 0 comments

Memberus Gigi Ketika Berpuasa

Saturday, December 13, 2008
Soalan:

Apakah kita dibolehkan memberus gigi selepas waktu subuh ketika berpuasa?
Fatimah Azzahra, KL

Jawapan:
Sengaja bersugi atau memberus gigi dalam berpuasa dengan benda basah atau kering tidaklah membatalkan puasa. Tiada ada perselisihan para ulama dalam masalah ini. Namun menurut Imam Syafei memakruhkan memberus gigi setelah tergelincir matahari dengan tujuan untuk menghilangkan bau mulut.

Ajukan sebarang permasalahan agama kepada saya. Sekiranya mampu untuk saya jawab, saya akan jawab sebaik-baiknya. Sekiranya tidak, saya akan cari jawapannya daripada alim ulama yang fakih dalam urusan agama. Semoga himpunan soalan2 yang tidak semuanya terlintas di akal kita, dapat kitakongsi bersama dan bermanfaat kepada kita semua.

ada sebarang persoalan ? click di sini.
Read On 0 comments
Read On 0 comments

Bapak ayam 2

Saturday, December 13, 2008
bismillah..
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..moga2, apa yang aku lakukan ini mendapat redho Allah serta peroleh berkat dari-Nya. Video youtube ni bukan milik saya, oleh itu kecelaruan pada masa akan datang, terletak kepada pemilik sebenar video youtube ini. Dalam masa mendatang, saya akn cuba miliki ceramah ini sendiri. Semoga bermanfaat.

part 1-4 / part 5-7

Part 5

Part 6

Part 7

Read On 0 comments

Bapak ayam

Part 1

Part 2

Part 3

Part 4

Read On 0 comments

katrina 2

Katrina

Syeikh Fuad Kamaluddin,

Saturday, December 13, 2008

  1. Awal Muharram

Read On 0 comments

Awal Muharram 2

Saturday, December 13, 2008
bismillah..
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..moga2, apa yang aku lakukan ini mendapat redho Allah serta peroleh berkat dari-Nya. Video youtube ni bukan milik saya, oleh itu kecelaruan pada masa akan datang, terletak kepada pemilik sebenar video youtube ini. Dalam masa mendatang, saya akn cuba miliki ceramah ini sendiri. Semoga bermanfaat.

part 1-3 / part 4-6

Part 4

Part 5

Part 6

Read On 0 comments

Awal Muharram

Umur Manusia di Dunia 2

Keadilan di Dalam Islam2

Friday, December 12, 2008

part 1-4 / part 5-8

Part 5

Part 6

Part 7

Part 8

Read On 0 comments

Keadilan di Dalam Islam

Friday, December 12, 2008
bismillah..
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..moga2, apa yang aku lakukan ini mendapat redho Allah serta peroleh berkat dari-Nya. Video youtube ni bukan milik saya, oleh itu kecelaruan pada masa akan datang, terletak kepada pemilik sebenar video youtube ini. Dalam masa mendatang, saya akn cuba miliki ceramah ini sendiri. Semoga bermanfaat.

part 1-4 / part 5-8

Part 1

Part 2

Part 3

Part 4

Read On 0 comments

Dr. Badrul Amin

Friday, December 12, 2008

1. Keadilan di Dalam Islam
Read On 0 comments
Read On 0 comments

Globalisasi : Bagaimana menghadapinya

Friday, December 12, 2008
bismillah..
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..moga2, apa yang aku lakukan ini mendapat redho Allah serta peroleh berkat dari-Nya. Video youtube ni bukan milik saya, oleh itu kecelaruan pada masa akan datang, terletak kepada pemilik sebenar video youtube ini. Dalam masa mendatang, saya akn cuba miliki ceramah ini sendiri. Semoga bermanfaat.

Read On 0 comments

datuk ismail kamus

Friday, December 12, 2008

  1. Umur Manusia di Dunia
Read On 0 comments

Umur Manusia di Dunia

Friday, December 12, 2008
bismillah..
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..moga2, apa yang aku lakukan ini mendapat redho Allah serta peroleh berkat dari-Nya. Video youtube ni bukan milik saya, oleh itu kecelaruan pada masa akan datang, terletak kepada pemilik sebenar video youtube ini. Dalam masa mendatang, saya akn cuba miliki ceramah ini sendiri. Semoga bermanfaat.

part 1-4 / part 5-7

Part 1

Part 2

Part 3

Part 4

Read On 0 comments

Berwudhuk Keadaan Rambut Berminyak

Thursday, December 11, 2008
Soalan:
Adakah air wudhu' dan mandi wajib dapat mengalir dengan sempurna jika kita menggunakan minyak rambut?

Jawapan:
Minyak rambut bukan sejenis pewarna yang boleh menutup dan membaluti rambut. Minyak rambut seperti yang lazimnya kita pakai, tidak menunjukkan bahawa ia menghalangi sampainya air mengenai rambut. Jadi jika air mengenai rambut maka sah lah wuduk ataupun mandi wajib kita.

Ajukan sebarang permasalahan agama kepada saya. Sekiranya mampu untuk saya jawab, saya akan jawab sebaik-baiknya. Sekiranya tidak, saya akan cari jawapannya daripada alim ulama yang fakih dalam urusan agama. Semoga himpunan soalan2 yang tidak semuanya terlintas di akal kita, dapat kitakongsi bersama dan bermanfaat kepada kita semua.

ada sebarang persoalan ? click di sini.
Read On 0 comments

Hakikat Niat Ketika Berwudhuk

Thursday, December 11, 2008
Soalan:
Saya ada soalan yang memusykilkan saya, iaitu: bagaimanakah niat dan cara yang betul untuk mengambil whudhu, saya berasa was-was apabila seorang kawan mengatakan perkataan "mengambil" dan "mengangkat itu tidak sesuai digunakan semasa berniat, contoh nya selepas saya ber'nawaitu (dalam bahasa arab) kemudian saya berniat "Sahaja aku mengambil/mengangkat hadas kecil, tunai kerana ALLAH taala?
Khairul, KL

Jawapan:
Niat maksudnya ialah kemahuan yang tertuju terhadap perbuatan demi mengharap keredhaan Allah dan mematuhi peraturannya. Niat merupakan perbuatan hati semata yang tidak ada sangkut pautnya dengan lisan dan mengucapkannya tidak disyariatkan. Niat merupakan perkara yang wajib dalam setiap melakukan amal ibadah, perkara ini sesuai dengan hadith daripada Umar ra. sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Semua perbuatan itu adalah dengan niat dan setiap manusia akan mendapat sekadar apa yang diniatkannya..." (Riwayat oleh Jamaah)

Jika niat pada asasnya merupakan perbuatan hati, maka tidak perlulah dipertikaikan tentang lapaz lisan yang setiap umat di dunia ini akan menggunakan bahasanya masing-masing sebagai pengukuhan terhadap niat yang tersirat dalam hati. Seandainya perbezaan lapaz lisan antara "mengambil" dengan "mengangkat" menimbulkan perasaan was-was ketika berwuduk, maka lebih baik tinggalkan saja lapaz lisan itu dan tumpukan niat yang sesungguhnya yang tersimpan didalam hati. Sebab niat yang di dalam hati itulah yang dikatakan fardhu atau wajib dalam berwudhuk, bersolat atau mengerjakan perkara yang lain.

Hindarilah perasaan was-was dalam jiwa kita, kerana was-was itu merupakan rayuan syaitan yang bertahta dalam hati manusia. Kekhusyukan itu lebih besar nilainya dibandingkan dengan lapaz niat secara lisan itu, sebab hakikat niat itu sebenarnya tersimpan dalam hati atau sanubari.

Ajukan sebarang permasalahan agama kepada saya. Sekiranya mampu untuk saya jawab, saya akan jawab sebaik-baiknya. Sekiranya tidak, saya akan cari jawapannya daripada alim ulama yang fakih dalam urusan agama. Semoga himpunan soalan2 yang tidak semuanya terlintas di akal kita, dapat kitakongsi bersama dan bermanfaat kepada kita semua.

ada sebarang persoalan ? click di sini.
Read On 0 comments

Gusi Berdarah

Thursday, December 11, 2008
Soalan:
Saya mengalami masalah gusi mudah berdarah. Sehinggakan jika saya berkumur-kumur pun boleh menyebabkan pendarahan. Setelah mengambil wuduk dan saya dapati gigi saya berdarah, perlukah saya mengulanginya kembali atau cukup dengan saya berkumur-kumur sahaja?
Ibnuas, KL

Jawapan:
Memadailah dengan berkumur-kumur setelah itu kerjakanlah solat.

Ajukan sebarang permasalahan agama kepada saya. Sekiranya mampu untuk saya jawab, saya akan jawab sebaik-baiknya. Sekiranya tidak, saya akan cari jawapannya daripada alim ulama yang fakih dalam urusan agama. Semoga himpunan soalan2 yang tidak semuanya terlintas di akal kita, dapat kitakongsi bersama dan bermanfaat kepada kita semua.

ada sebarang persoalan ? click di sini.
Read On 0 comments

Selepas Mandi Wajib Terus Mengerjakan Solat

Thursday, December 11, 2008
Soalan:
Bolehkah seseorang itu terus bersembahyang setelah mandi wajib tanpa mengambil air sembahyang? (Ini adalah berikutan terdapat orang yang berkata mandi wajib melingkungi hadas besar dan hadas kecil. Maka seseorang itu boleh terus bersembahyang tanpa mengambil air sembahyang)?
Hamba Allah, Sg Buloh

Jawapan:
Mandi wajib membersihkan diri seseorang daripada hadas kecil dan hadas besar. Jika seseorang itu telah mandi wajib maka bolehlah ia terus mengerjakan solat tanpa mengambil wuduk lagi, kerana fungsi mandi wajib tadi telah membersihkan seseorang dari hadas besar demikian juga dengan hadas kecil. Yang paling penting untuk diingat setelah mandi wajib itu janganlah menyentuh bahagian dubur dan kubul yang boleh menyebabkan batalnya wuduk. Jika ini terjadi hendaklah ia mengambil wuduk jika ingin mengerjakan solat.

Ajukan sebarang permasalahan agama kepada saya. Sekiranya mampu untuk saya jawab, saya akan jawab sebaik-baiknya. Sekiranya tidak, saya akan cari jawapannya daripada alim ulama yang fakih dalam urusan agama. Semoga himpunan soalan2 yang tidak semuanya terlintas di akal kita, dapat kitakongsi bersama dan bermanfaat kepada kita semua.

ada sebarang persoalan ? click di sini.
Read On 0 comments

Ketika Wudhuk Azan Berkumandang

Thursday, December 11, 2008
Soalan:
Ketika saya mengambil wuduk dan pada masa yang sama azan berkumandang. Soalannya adakah saya perlu berhenti mengambil wuduk untuk menghormati azan dan menjawabnya?
Aje, Alor Setar

Jawapan:
Teruslah melaksanakan wudhuk dan jawablah azan tersebut seberapa yang boleh setelah mengambil wudhuk.

Ajukan sebarang permasalahan agama kepada saya. Sekiranya mampu untuk saya jawab, saya akan jawab sebaik-baiknya. Sekiranya tidak, saya akan cari jawapannya daripada alim ulama yang fakih dalam urusan agama. Semoga himpunan soalan2 yang tidak semuanya terlintas di akal kita, dapat kitakongsi bersama dan bermanfaat kepada kita semua.

ada sebarang persoalan ? click di sini.
Read On 0 comments

Hukum Bulu Anjing dan Babi

Thursday, December 11, 2008
Soalan:
Tentang bulu binatang. Pihak Darul Nu'man mengatakan bulu babi dan bulu anjing HALAL digunakan. Saya telah merujuk kepada beberapa orang Ustaz mengatakan TIDAK HALAL digunakan. Sila berikan keterangan dan hukum dengan jelas? Sekian.

Amram Abdullah, KL

Jawapan:
Menurut ulamak Zahiri, ayat 23 yang terdapat dalam surah al-Baqarah menjelaskan pengharaman daging babi, bukan lemaknya. Ini bermakna bagi golongan ini lemak babi tidak menjadi masalah menggunakannya. Bagi majoriti ulamak pula pengharaman daging babi merangkumi pengharaman daging dan lemak sekaligus, kerana lemak termasuk ke dalam daging. Inilah pendapat yang sahih. Ini kerana menurut jumhur ulamak, Allah SWT menyebut tentang daging babi bagi menjelaskan tentang batang tubuh babi itu sendiri samada ia disembelih dengan cara yang syar'i atau tidak.

Berhubung mengambil faedah dari bulu babi, ulamak berbeza pendapat. Menurut imam Abu Hanifah dan imam Malik harus menggunakan bulu babi sebagai bahan jahitan. Bagi imam Asy-Syafii tidak harus mengambil faedah dari bulu babi kerana ianya najis. Menurut imam Abu Yusuf boleh menggunakan bulu babi sebagai bahan jahitan, tetapi hukumnya adalah makruf. Menurut imam Al-Qurtubi, tidak ada perselisihan di kalangan ulamak yang seluruh badan dan anggota babi adalah haram kecuali bulunya. Bulunya adalah halal dan boleh dijadikan bahan jahitan kerana bahan jahitan yang menggunakan bulu babi wujud di zaman rasulullah SAW dan zaman selepas baginda dan tidak terdapat sebarang maklumat menunjukkan nabi ada melarang umat Islam menggunakannya. Inilah juga pendapat imam-imam selepas Baginda. (Rujuk Tafsir Ayat Ahkam oleh Muhamad Ali As-Sobuni).

Menurut ulamak Hanafi bulu anjing adalah suci kerana Rasulullah SAW melarang memakan daging bangkai termasuklah anjing bukan menggunakan bulunya. Bagi ulamak Maliki bulu anjing adalah suci tidak najis. Ulamak Syafii dan Hanbali pula menghukumkan bulu anjing adalah najis. Bagaimanapun jika bulu anjing itu kering tidak perlu kepada seseorang menyamak pakaiannya apabila terkena sentuhan bulu anjing yang kering. Ia hanya perlu menyamak apabila tesentuh bulu anjing yang basah.

(Rujuk Fikah Islami Waadillatuhu oleh Prof. Dr Wahbah Az-Zuhaili) Tentang air liur anjing menurut ulamak Hanafi, Syafii, imam Ahmad dan jumhur ulamak hukumnya adalah najis, kerana berpegang dengan hadis yang diriwayatkan oleh imam Ahmad yang memerintahkan seseorang menyamak bekas yang dijilat oleh anjing. Ini menunjukkan air liur anjing itu adalah najis. Bagi imam Malik anjing adalah suci, termasuklah air liurnya. Beliau berpendapat perintah membasuh bekas yang dijilat oleh anjing yang terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Ahmad itu disebabkan kotoran yang terdapat pada badan anjing bukan kerana kenajisannya.

Menurut ulamak Syafii dan Hanbali apabila sesuatu yang kering terkena badan anjing dan babi yang basah atau terkena anak yang dilahirkan hasil kacukan anjing dan babi atau anak yang dilahirkan hasil kacukan anjing atau babi dengan binatang lain yang halal dalam Islam, maka benda yang terkena itu hendaklah dibasuh sebanyak tujuh kali basuhan yang pertamanya dengan tanah berdasarkan hadis riwayat Ahmad yang lalu. Basuhan benda yang terkena badan anjing ini dikiaskan kepada benda yang terkena badan babi juga perlu dibasuh sebanyak tujuh kali , di mana yang pertamanya adalah tanah, kerana babi adalah lebih buruk dan jelek menurut kacamata syarak berbanding anjing.

Menurut ulamak Hanbali bahan-bahan lain boleh juga digunakan ketika menyamak sebagai menggantikan tempat tanah yang disebutkan di dalam hadis yang lalu, kerana tanah mempunyai unsur-unsur kekuatan dalam menghilangkan najis. Ini bermakna sabun dan bahan-bahan pencuci yang lain boleh juga digunakan untuk menyamak benda yang terkena badan anjing dan babi yang basah tadi kerana ia juga mempunyai daya kekuatan yang tidak kurang berbanding tanah dalam menghilangkan kotoran yang terdapat pada benda yang terkena badan anjing dan babi tadi. (Rujuk Fikah Islami Waadillatuhu oleh Prof Dr. Wahbah Az-Zuhaili)

Ajukan sebarang permasalahan agama kepada saya. Sekiranya mampu untuk saya jawab, saya akan jawab sebaik-baiknya. Sekiranya tidak, saya akan cari jawapannya daripada alim ulama yang fakih dalam urusan agama. Semoga himpunan soalan2 yang tidak semuanya terlintas di akal kita, dapat kitakongsi bersama dan bermanfaat kepada kita semua.

ada sebarang persoalan ? click di sini.
Read On 0 comments

Berlebihan Dalam Berwudhuk

Thursday, December 11, 2008
Soalan:
Apakah hukumnya sekiranya kita terkurang atau terlebih dari yang ditetapkan iaitu 3 kali semasa mengambil air sembahyang. Contohnya, mencuci muka terlebih atau terkurang daripada 3 kali?

SHAHRIZAL, SG. BULOH

Jawapan:
Ketika mengambil wudhuk disunatkan membasuh tiga kali. Ini membuktikan perkara yang wajib bagi kita ketika berwudhuk membasuh dengan satu kali, dengan syarat sampai air ke seluruh anggota wudhuk. Jika kita mengambil wudhuk melebihi tiga kali bererti kita telah melakukan tiga kesalahan, pertama: menggunakan air secara berlebih-lebihan bererti melakukan pembaziran, kedua: was-was yang bersarang dalam hati yang merupakan keberhasilan syaitan dalam membisikkan gangguannya dan ketiga: menyeleweng dari ketetapan Rasulullah SAW.

Membazir atau membuang-buang air itu terjadi dengan menggunakan air tanpa faedah menurut agama, umpamanya menambah jumlah tiga-tiga kali dalam berwudhuk. Dalam sebuah hadis dari Amar bin Syuaib dari bapanya, dari datuknya disebutkan: "Seorang Badui datang menemui Rasulullah SAW menanyakan tentang wudhuk. Maka Nabi pun mepraktikkannya tiga-tiga kali seraya bersabda: 'Beginilah berwuduhuk, maka siapa-siapa yang melebihi ini, bererti ia menyeleweng, melanggar batas dan berlaku aniaya'.". (Riwayat Ahmad, Nasa'i dan Ibnu Majah) Juga dari Ibnu Mughaffal ra. katanya: "Saya dengar Rasulullah SAW bersabda: 'Nanti akan muncul dalam kalangan umat ini satu golongan yang berlebih-lebihan dalam bersuci dan berdoa'.". (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah) Berkata Imam Bukhari: "Ahli-ahli ilmu tidak menyukai bila dalam memakai air wudhuk itu melebihi batas yang digunakan oleh Rasulullah SAW".

Ajukan sebarang permasalahan agama kepada saya. Sekiranya mampu untuk saya jawab, saya akan jawab sebaik-baiknya. Sekiranya tidak, saya akan cari jawapannya daripada alim ulama yang fakih dalam urusan agama. Semoga himpunan soalan2 yang tidak semuanya terlintas di akal kita, dapat kitakongsi bersama dan bermanfaat kepada kita semua.

ada sebarang persoalan ? click di sini.
Read On 0 comments

Perbezaan Mani dan Mazi

Thursday, December 11, 2008
Soalan:
Ustaz saya ingin bertanya apakah perbezaan air mani dengan air mazi dan mungkinkah ia boleh bercampur menyebabkan kita perlu mandi wajib apabila kita lihat telah keluar air mazi. Boleh kita sembahyang tanpa mandi wajib jika kita pasti yang keluar itu air mazi?
Abdullah, Melaka

Jawapan:
Air mani keluar dari orang lelaki dan juga orang perempuan. Bezanya air mani lelaki berwarna putih manakala air mani perempuan berwarna kuning. Antara air mani dengan air mazi pula ada perbezaannya. Air mani lelaki keluar secara memancut dengan beberapa kali pancutan. Keluar pula disertai dengan kelazatan. Baunya seperti tepung yang diuli atau bau putih telur yang direbus.

Air mazi pula adalah air yang keluar dari kemaluan yang berwarna putih jernih dan biasanya keluar apabila seesorang itu naik syahwat ketika berkhayal, melihat orang perempuan, menonton filem-filem seks dan lain-lain. Ia tidak akan keluar secara memancut. Air mani dan air mazi boleh jadi bercampur antara satu sama lain khasnya selepas selesai melakukan persetubuhan, kerana itu yang terlibat hendaklah mandi wajib.

Dalam keadaan biasa mazi sahaja yang keluar tidak air mani. Jika seseorang syak adakah yang keluar itu mani atau mazi, maka ia hendaklah membuat pilihan berdasarkan yang diyakininya. Jika yang diyakini yang keluar itu adalah air mani hendaklah ia mandi wajib, tetapi jika diyakini yang keluar itu adalah mazi cukuplah dibasuh alat kelamin dan dibersihkan pakaian yang terkena air mazi itu.

Sila rujuk buku Bimbingan Lengkap Fardhu Ain DN 034

Ajukan sebarang permasalahan agama kepada saya. Sekiranya mampu untuk saya jawab, saya akan jawab sebaik-baiknya. Sekiranya tidak, saya akan cari jawapannya daripada alim ulama yang fakih dalam urusan agama. Semoga himpunan soalan2 yang tidak semuanya terlintas di akal kita, dapat kitakongsi bersama dan bermanfaat kepada kita semua.

ada sebarang persoalan ? click di sini.
Read On 0 comments

Berlebihan Dalam Berwudhuk

Thursday, December 11, 2008
Soalan:
Apakah hukumnya sekiranya kita terkurang atau terlebih dari yang ditetapkan iaitu 3 kali semasa mengambil air sembahyang. Contohnya, mencuci muka terlebih atau terkurang daripada 3 kali?

SHAHRIZAL, SG. BULOH

Jawapan:
Ketika mengambil wudhuk disunatkan membasuh tiga kali. Ini membuktikan perkara yang wajib bagi kita ketika berwudhuk membasuh dengan satu kali, dengan syarat sampai air ke seluruh anggota wudhuk. Jika kita mengambil wudhuk melebihi tiga kali bererti kita telah melakukan tiga kesalahan, pertama: menggunakan air secara berlebih-lebihan bererti melakukan pembaziran, kedua: was-was yang bersarang dalam hati yang merupakan keberhasilan syaitan dalam membisikkan gangguannya dan ketiga: menyeleweng dari ketetapan Rasulullah SAW.

Membazir atau membuang-buang air itu terjadi dengan menggunakan air tanpa faedah menurut agama, umpamanya menambah jumlah tiga-tiga kali dalam berwudhuk. Dalam sebuah hadis dari Amar bin Syuaib dari bapanya, dari datuknya disebutkan: "Seorang Badui datang menemui Rasulullah SAW menanyakan tentang wudhuk.

Maka Nabi pun mepraktikkannya tiga-tiga kali seraya bersabda: 'Beginilah berwuduhuk, maka siapa-siapa yang melebihi ini, bererti ia menyeleweng, melanggar batas dan berlaku aniaya'.". (Riwayat Ahmad, Nasa'i dan Ibnu Majah) Juga dari Ibnu Mughaffal ra. katanya: "Saya dengar Rasulullah SAW bersabda: 'Nanti akan muncul dalam kalangan umat ini satu golongan yang berlebih-lebihan dalam bersuci dan berdoa'.". (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah) Berkata Imam Bukhari: "Ahli-ahli ilmu tidak menyukai bila dalam memakai air wudhuk itu melebihi batas yang digunakan oleh Rasulullah SAW".

Ajukan sebarang permasalahan agama kepada saya. Sekiranya mampu untuk saya jawab, saya akan jawab sebaik-baiknya. Sekiranya tidak, saya akan cari jawapannya daripada alim ulama yang fakih dalam urusan agama. Semoga himpunan soalan2 yang tidak semuanya terlintas di akal kita, dapat kitakongsi bersama dan bermanfaat kepada kita semua.

ada sebarang persoalan ? click di sini.
Read On 0 comments

Masih Ada Kesan Mani Setelah Mandi

Thursday, December 11, 2008
Soalan:
Adakah sah mandi wajib sekiranya apabila selesai mandi wajib masih terdapat kesan mani pada kemaluan atau bahagian-bahagian anggota yang lain?
Hamba Allah, Sg. Buloh

Jawapan:
Jika kita telah melaksanakan segala ketentuan mandi wajib serta rukun mandi seperti niat dan meratakan air ke seluruh tubuh, hidung dan mulut, maka memadailah mandi wajib tersebut.

Namun jika terdapat kesan-kesan mani baik pada bahagian kemaluan atau pada bahagian tubuh yang lain mahupun pada pakaian maka cukuplah dengan membasuh atau mengikisnya (jika tiada air), sebab mani bukanlah benda najis.

Ajukan sebarang permasalahan agama kepada saya. Sekiranya mampu untuk saya jawab, saya akan jawab sebaik-baiknya. Sekiranya tidak, saya akan cari jawapannya daripada alim ulama yang fakih dalam urusan agama. Semoga himpunan soalan2 yang tidak semuanya terlintas di akal kita, dapat kitakongsi bersama dan bermanfaat kepada kita semua.

ada sebarang persoalan ? click di sini.
Read On 0 comments

Niat Wudhuk dalam Bahasa Malaysia

Thursday, December 11, 2008
Soalan:
Bolehkah kita mengambil wuduk dengan membaca dalam Bahasa Malaysia?
Hamba Allah, Sabah

Jawapan:
Tidak menjadi kesalahan mengambil wuduk dengan membaca niat umpamanya dalam bahasa Malaysia tidak di dalam bahasa Arab.

Bagaimanapun membaca doa-doa yang berkaitan dengannya adalah elok di dalam bahasa Arab dan hendaklah difahami maknanya supaya kesannya dapat meresap ke dalam diri individu terlibat.

Ajukan sebarang permasalahan agama kepada saya. Sekiranya mampu untuk saya jawab, saya akan jawab sebaik-baiknya. Sekiranya tidak, saya akan cari jawapannya daripada alim ulama yang fakih dalam urusan agama. Semoga himpunan soalan2 yang tidak semuanya terlintas di akal kita, dapat kitakongsi bersama dan bermanfaat kepada kita semua.

ada sebarang persoalan ? click di sini.
Read On 0 comments

Wuduk dengan Tangan Berbalut

Thursday, December 11, 2008
Soalan:
Apabila seorang itu berubat dan ibu jarinya dibalut, dan apabila kita hendak mengambil air sembahyang, tetapi ibu jari tadi tidak kena air, sahkah kita punya sembahyang?
RAD, K Kinabalu

Jawapan:
Berhubung jari yang berbalut oleh sebab sesuatu luka dan lain-lainnya, ia tetap tidak menjejaskan proses mengambil wuduk seseorang. Ketika mengambil wuduk anda boleh menyapu di atas pembalut luka tadi, tanpa perlu menanggalkannya.

Jika sapu dengan air di atas pembalut luka ini memudaratkan anda juga, anda boleh bertayamum. Jika balutan luka itu terlampau kecil dan tidak mudarat jika anda membukanya hendaklah anda membukanya dan mempastikan air sampai kepadanya ketika mengambil wuduk. Wallahu A'lam.

Sila rujuk buku-buku berikut:
1. Himpunan Isu-isu Feqah Terpilih DN 224
2. Fiqh Nabawi DN 231

Ajukan sebarang permasalahan agama kepada saya. Sekiranya mampu untuk saya jawab, saya akan jawab sebaik-baiknya. Sekiranya tidak, saya akan cari jawapannya daripada alim ulama yang fakih dalam urusan agama. Semoga himpunan soalan2 yang tidak semuanya terlintas di akal kita, dapat kitakongsi bersama dan bermanfaat kepada kita semua.

ada sebarang persoalan ? click di sini.
Read On 0 comments

Bulu Binatang Pada Tempat Solat

Thursday, December 11, 2008
Soalan:
Apakah hukum bagi bulu binatang yang halal dan yang haram dimakan, bagaimana sekiranya ia terlekat pada tempat sembahyang?
.
Zulkifli

Jawapan:
Untuk menjawab pertanyaan ini kami kemukakan ayat Al Quran dan hadith Rasulullah SAW. Allah berfirman dalam surah Al An'am ayat 145, maksudnya:

"Katakanlah: tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya semua itu kotor..."

Menurut Fiqih Sunnah Sayid Sabiq, mengenai bulu babi menurut pendapat ulamak yang terkuat dibolehkan untuk diambil sebagai benang jahit. Begitu juga halnya dengan anjing, Rasulullah SAW bersabda: "Mensucikan bejanamu yang dijilat oleh anjing ialah dengan mencucinya sebanyak tujuh kali, mula-mulanya dengan tanah." (Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Baihaqi)

Mencuci dengan tanah maksudnya ialah mencampurkan ke dalam air hingga menjadi keruh. Jika ia menjilat ke dalam bejana yang berisi makanan kering, hendaklah dibuang mana yang terkena jilatan dan sekelilingnya. Sedang sisanya tetap digunakan kerana suci. Mengenai bulu anjing, maka pendapat yang terkuat ia adalah suci, dan tak ada alasan megatakan ianya najis.

Seandainya bulu binatang yang terlekat pada tempat solat itu melekat kotoran atau najisnya sehingga mengotorkan tempat solat maka tidak sah solat, kerana salah satu syarat-syarat sah solat hendaklah bersih badan, pakaian dan tempat daripada najis.

Ajukan sebarang permasalahan agama kepada saya. Sekiranya mampu untuk saya jawab, saya akan jawab sebaik-baiknya. Sekiranya tidak, saya akan cari jawapannya daripada alim ulama yang fakih dalam urusan agama. Semoga himpunan soalan2 yang tidak semuanya terlintas di akal kita, dapat kitakongsi bersama dan bermanfaat kepada kita semua.

ada sebarang persoalan ? click di sini.
Read On 0 comments

Mencuci Telekung Dengan Mesin Basuh

Thursday, December 11, 2008
Soalan:
Apa pendapat tuan tentang mencuci telekung dengan menggunakan mesin basuh? Setengah orang mengatakan tak suci.
Salmah, Segamat

Jawapan:
Salah satu syarat sah solat adalah suci badan, pakain dan tempat daripada najis, jika pakaian yang kita gunakan itu suci daripada najis maka ianya telah memenuhi syarat tersebut.

Tidak kiralah dengan cara bagaimana kita membasuhnya, apakah dengan tangan, dengan mesin basuh atau memerahnya di sungai dan sebagainya. Haruslah dengan air yang mengalir.

Jika dengan mesin , 1 X dibilas dengan air sabun dan 2 X dibilas dengan air biasa, sudah memadai.

Ajukan sebarang permasalahan agama kepada saya. Sekiranya mampu untuk saya jawab, saya akan jawab sebaik-baiknya. Sekiranya tidak, saya akan cari jawapannya daripada alim ulama yang fakih dalam urusan agama. Semoga himpunan soalan2 yang tidak semuanya terlintas di akal kita, dapat kitakongsi bersama dan bermanfaat kepada kita semua.

ada sebarang persoalan ? click di sini.
Read On 0 comments

min yuszas..?

------------------------
my email
------------------------------
my yahoo messenger

free hit counter

Ukhwah.com :: Top Blog

Flash mp3 music player code for website/myspace

posting terbaru..

borak-borak

Followers

currency converter

komen & pendapat

corat-coret