kenapa aku jadi sedey ni...?
Thursday, December 18, 2008pastu aku baca la profile dia..satu-persatu..islamic jugak dia tu...sampai la kat komen yang org hantar kat dia..dalam komen tu aku terkejut..tersentak la skit..n aku rasa sedih..xtau kenapa..
dalam komen tu ckp...lebih kurang mcm ni..
hang pergi x kenduri cop nanti..?
cop tu boleh la kalau nak kata kawan tp xpernah smbg pon...kira kawan kepada kawan2 aku..aku sedih bukan sbb apa..cma cop tu nak kawin dengan bekas awek aku...huahuahua.....maknanya cop tu orang ketiga dalam hubungan aku dengan ex awek aku tu...aku rasa mcm ni lakonan jer..
dah la awek aku tinggalkan aku sebab dia..pastu nak kawin dah tu..sblm ni aku da gak ckp nak kawin dgn dia..tp mungkin sbb aku muda lagi..so dia xnak...mungkin gak dia ingat aku xleh jaga diua dgn baik sbb aku xkeje..xder duit..xpa2..tgk la..nti aku akan buktikan kat diorg..sapa aku...?
huarrrggggggggggggghhhhhhhhhhhh....!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Mengeluarkan Zakat Pendapatan
Saturday, December 13, 2008Pendapat dari seorang ustaz :
Beliau mengatakan kita tidak perlu membuat potongan gaji untuk zakat pendapatan kerana ia belum cukup haul (setahun). Malah ia berkata tidak perlu untuk mengeluarkan zakat pendapatan kerana tidak ada dalil untuknya dan dengan menguatkan hujah beliau bahawa wang pendapatan
ingin kita gunakan untuk keperluan hidup keluarga?
Azhar, USJ
Jawapan:
Kerja yang dilakukan seseorang dapat dibahagi kepada kerja bebas atau persendirian yang tidak terikat dengan negara seperti doktor swasta, jurutera, peguam, tukang jahit, tukang kayu dan lain-lain atau kerja yang terikat dengan kerajaan atau institusi atau syarikat kerajaan atau swasta. Pegawai terlibat dibayar gaji bulanan. Kemasukan yang diperolehi oleh setiap orang yang bekerja secara bebas atau persendirian ini dikenali menurut istilah fekah dengan nama "Almaalu al mustafaadu" ertinya harta yang boleh diambil faedah.
Dalam mazhab empat telah diputuskan bahawa "Almaalu al mustafaadu" tidak wajib dikeluarkan zakat melainkan setelah mencukupi nisab dan sempurna haulnya. Menurut fuqaha As Sayfie harta yang disimpan perlu dikeluarkan zakat, sekalipun didetik yang terakhir sebelum berakhirnya haul setelah cukup nisab.
Jika berpegang dengan pendapat sesetengah sahabat seperti Ibnu Abbas, Ibnu Mas'ud dan Muawiyah dan pendapat sesetengah tabi'in seperti (Az Zahiri, Al Hasan Basri dan Makhul) pendapat Umar bin Abdul Aziz, Al Baqir, As Sidiq, An Nasir dan Daud Az Zahiri. Bahawa dinyatakan zakat wajib dikeluarkan ke atas "Almaalu al mustafaadu" sebaik sahaja diambil harta itu, sekalipun belum cukup haul.
Kadar wajibnya ialah 2.5% berdasarkan umum nas yang mewajibkan zakat ke atas wang ringgit iaitu 2.5% samada telah sempurna haul atau tidak atau sebaik sahaja diambil faedah. Apabila seseorang Islam mengeluarkan zakat pendapatan ketika mengambil pendapatan itu tidak perlu lagi mengeluarkan zakat sekali lagi di akhir haul.
ada sebarang persoalan ? click di sini.
Zakat bagi Wang Umum
Saturday, December 13, 2008Soalan:
Adakah wang umum ( misalnya wang persatuan / wang kutipan ) yang akan digunakan untuk buat sesuatu projek dan disimpan cukup haul dikenakan zakat?
Halim, Ipoh
Jawapan:
Ulamak telah bersepakat di antara syarat wajib zakat itu ialah pemilikan yang sempurna. Untuk itu harta yang tidak dimiliki oleh individu tertentu seperti harta rampasan perang, harta rompakan, keciciran dan sebagainya tidak dikenakan zakat. Begitu juga harta awam, kerana hukumnya seperti harta Baitul Mal, manakala harta persatuan tertentu atau untuk projek tertentu tidak dihukumkan sebagai harta awam, kerana kegunaannya untuk golongan tertentu sahaja, kedudukannya boleh diumpamakan sebagai harta syarikat.
Jika harta ini diniagakan dan mendapat keuntungan, hendaklah dikeluarkan zakat darinya, kerana menurut Al-Qardawi dalam bukunya Fiqh Az-Zakat sebab-sebab diwajibkan zakat pada sesuatu harta itu ialah kerana ia bertambah. Ini didasarkan kepada firman Allah SWT yang bermaksud: "Ambillah dari harta mereka zakat semoga ia menjadi suci dan akan bertambah jumlahnya." ( Surah At-Tawbah ayat 103). Sebaliknya harta umum yang tidak bertambah kerana tidak diniagakan, tidak perlu dikeluarkan zakat, kerana ia sentiasa berkurangan kerana digunakan untuk menampung kegunaannya. Jadi bebannya akan bertambah dengan mengeluarkan zakat.
Sabda Rasulullah SAW, "tidak diwajibkan ke atas orang Islam mengeluarkan zakat dari kudanya dan hamba abdinya." Hadis riwayat imam Muslim. Imam An-Nawawi ketika membahaskan hadis ini mengulas: Hadis ini menjadi asas yang jelas bagi menunjukkan harta yang beku atau harta tidak berkembang tidak dikenakan zakat.
ada sebarang persoalan ? click di sini.
Nisab Wang Dikenakan Zakat
Saturday, December 13, 2008Soalan:
Berapakah jumlah wang ringgit malaysia yang dikumpul dalam masa setahun yang boleh dikenakan zakat?
Asri, Sabah
Jawapan:
Jumlah wang yang dikenakan zakat adalah mengikut kadar nisab zakat emas atau perak iaitu sebanyak 20 dinar bagi emas atau 200 dirham bagi perak. Nisab zakat wang mengikut nilaian emas atau perak ini ditentukan oleh majlis agama negeri masing masing di Malaysia. Contohnya di Terengganu nilaian tersebut bersamaan RM 2689.59 Untuk itu saudara hendaklah menghubungi Majlis Agama Islam Negeri Sabah untuk keterangan lanjut berhubung dengan perkara ini.
ada sebarang persoalan ? click di sini.
Tuntutan Bersedekah
Saturday, December 13, 2008Soalan:
Sebagaimana yang kita ketahui amalan bersedekah adalah dituntut di dalam Islam. Apakah hukumnya? dan boleh tak Ustaz perjelaskan kenyataan "Amalan bersedekah dapat mengeratkan perpaduan ummah".
Ana, Raub
Jawapan:
Hukum bersedekah dalam Islam adalah sunat sahaja. Walaupun begitu fadhilatnya sangat besar. Kerana itu tidak hairanlah Rasulullah SAW sangat-sangat menggalakkan umatnya supaya rajin bersedekah dan baginda sendiri sangat kuat bersedekah. Amalan bersedakah ini dapat menjadi amalan yang bermanfaat kepada tuannya setelah ia meninggal dunia nanti.
Bagaimanpun jika seseorang itu bernazar hendak melakukan sedekah kepada seseorang, maka wajib kepadanya melunaskan sedekahnya itu kepada individu yang dimaksudkan. Maksud sedekah dapat menguatkan perpaduan ummah ialah:
1. Dengan bersedekah akan menghilangkan rasa kurang senang golongan yang miskin terhadap golongan yang berharta dan kaya.
2. Bersedekah akan menimbulkan rasa kasih sayng sesama masyarakat Islam baik yang kaya mahupun yang miskin. Sifat dengki akan hilang.
3. Bersedekah akan mendatangkan keberkatan. Apabila datang keberkatan dan hilanglah kecelakaan.
4. Bersedekah dapat menghilangkan kesusahan yang dialami oleh orang-orang yang kesempitan. Ini ,menggambarkan wujudnya sifat saling membantu antara satu sama lain dalam masyarakat.
Keempat-empat faktor yang kita bincangkan ini menjadi faktor utama ke arah kekuatan perpaduan antara sesama masyarakat Islam. Apabila wujud perpaduan di peringkat masyarakat, ia akan membawa kepada perpaduan di
peringkat negara, dari peringkat ini ia akan bergerak ke peringkat ummah seluruhnya. Inilah yang dimaksudkan bersedekah menguatkan perpaduan ummah.
ada sebarang persoalan ? click di sini.
Mengeluarkan Zakat Kepada Orang Yang Dikenali
Saturday, December 13, 2008Assalamu'alaikum. Saya ingin bertanya, jika saya berzakat fitrah atau berzakat harta benda (wang) apakah boleh saya kirimkan melalui wang pos kepada orang-orang yang saya telah kenal pasti. Jika ia dibenarkan, bagaimana pula dengan akadnya.?
Termizi, KL
Jawapan:
Dalam mazhab Asy-Syafi'i wang zakat baik zakat fitrah mahupun zakat wang ringgit tidak boleh dipindahkan dari tempat si pengeluar zakat itu berada, kecuali jika penduduk di kawasan itu sudah tidak memerlukan wang zakat itu, di waktu itu barulah boleh dipindahkan ke kawasan lain yang bersebelahan dengannya berdasarkan kebijaksanaan
pihak pemerintah.
Justeru itu saudara tidak boleh memindahkan wang zakat saudara itu diluar dari kawasn tempat saudara tinggal walaupun kepada orang yang saudara kenal, sebaliknya hendaklah saudara membayarnya kepada amil yang dilantik oleh pihak berkuasa di tempat saudara, kerana amil lebih mengetahui siapa yang lebih berhak menerima zakat di tempat saudara itu, di samping memudahkan urusan pembahagian zakat itu sendiri.
Ketika membayar zakatnya niatnya ialah " Inilah zakat fitrah atau zakat wang ringgit yang diwajibkan ke atasku untuk tahun ini". Sesetengah ulamak mengharuskan seseorang mengeluarkan zakatnya kepada saudara yang dikenalinya walaupun diluar dari kawasannya asal sahaja saudaranya itu orang miskin atau fakir. Bagaimanapun dalam konteks sekarang ini urusan pengeluaran zakat adalah lebih elok dilakukan melalui amil yang dilantik, kerana urusan pengagihannya akan dapat dilakukan dengan baik.
Boleh jadi jika saudara mengeluarkan zakat kepada sahabat saudara yang saudara kenali itu menyebabkan berlakunya pertembungan perolehan zakat. Dengan kata lain pihak berkuasa di kawasan sahabat saudara itu telahpun memberikan wang zakat kepadanya untuk urusan hariannya kemudian selepas itu saudara pula mengeluarkan kepadanya . Di sini menampakkan wujud pertembungan dari sudut perolehan wang zakat itu sendiri. Justeru itu mengeluarkannya kepada amil adalah lebih baik, kerana maslahah umum.
ada sebarang persoalan ? click di sini.
Hukum Zakat bagi Pelajar
Saturday, December 13, 2008Soalan:
Wajibkah para pelajar yang menerima biasiswa membayar zakat sepertimana zakat pendapatan yang dibayar oleh orang yang bekerja?
Abdullah, Germany
Jawapan:
Wang biasiswa tidak diwajibkan ke atasnya zakat kerana melibatkan wang perbelanjaan seharian untuk urusan pembelajaran. Tambahan pula ia sentiasa berkurang dari semasa ke semasa dan tidak cukup haul atau tidak cukup setahun yang telah ditetapkan oleh ulama untuk melayakkan ianya dikeluarkan zakat. Apalagi saudara yang bertanya sedang menuntut di negara Germany, yang mana situasi ini amat-amat memerlukan kepada bantuan kewangan dari pihak berkuasa dan umat Islam.
ada sebarang persoalan ? click di sini.
Jimak Waktu Siang Bulan Ramadhan
Saturday, December 13, 2008Saya terdapat kemusykilan persetubuhan (suami/isteri) di bulan puasa di siang hari: Ada pendapat mengatakan dibenarkan (jika terlalu tak tahan) melakukannya setelah berbuka puasa dahulu, tidak dikenakan kifarat. Dan ada pula pendapat mengatakan walau apapun keadaan seseorang dilarang sama sekali melakukannya samaada berbuka dahulu atau tidak tetap akan dikenakan kifarat?
resah, KLumpur
Jawapan:
Apabila seseorang membatalkan puasanya dengan bersetubuh, wajib atasnya membayar kaffarah yakni memerdekakan sorang hamba, jika tidak sanggup maka hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup juga hendaklah memberi makan kepada 60 orang miskin. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: "Abu Hurairah berakata;
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: "Saya telah binasa ya Rasulallah".
Rasulullah SAW bertanya: "Apa yang membinasakan engkau ?".
Dia menjawab: "Saya telah menjimak isteri saya di bulan Ramadhan".
Maka Rasulullah SAW bertanya: "Apakah engkau sanggup berpuasa dua bulan berturut-turut ?".
Dia menjawab: "Tidak".
Rasulullah SAW bertanya lagi: "Apakah engkau sanggup memberi makan 60 orang miskin ?".
Dia menjawab: "Tidak".
Kemudian dia duduk di majlis Nabi dan dibawalah kepada Nabi suatu bekas yang berisi 17 gantang kurma. Bersabda Nabi kepadanya: "Sedekahkanlah kurma ini".
Orang itu bertanya: "Apa kepada orang yang lebih miskin daripada kami. Tidak ada di antara dua pinggir kota Madinah yang lebih berhajat daripada kami".
Maka tersenyumlah Nabi hingga nampaklah geraham baginda dan bersabdalah Rasulullah SAW: "Pulanglah dan berikan kurma ini kepada keluargamu". (Riwayat Jamaah)
Hadis ini menyatakan bahawa diwajibkan kaffarah atas orang yang merosakkan puasanya dengan melakukan jimak. Menurut Imam Ahmad dan sebahagian pengikut mazhab Maliki, wajib juga kaffarah atas orang yang lupa bahawa dia berpuasa. Sebab Rasulullah SAW setelah mendengar pengaduan Salamah Ibn Sakhar itu baginda tidak meminta penjelasan apakah ia melakukan dengan terlupa ataupun dengan sengaja.
ada sebarang persoalan ? click di sini.
Lafaz Niat yang Betul
Saturday, December 13, 2008Antara lafaz niat berikut:
1. Sahaja aku puasa esok hari dalam bulan ramadhan fardhu ke atas ku kerana Allah Taala.
2. Sahaja aku puasa fardhu ramadhan esok hari kerana Allah Taala.
Yang manakah yang betul?
Junior, BP
Jawapan:
Kedua-dua lafaz itu betul kerana mengandunig pengertian yang sama cuma redaksi bahasanya yang berbeza.
ada sebarang persoalan ? click di sini.
Menyedut Ubat (inhaler) Ketika Puasa
Saturday, December 13, 2008Saya salah seoarang pesakit asthma (lelah) dan sekarang saya sudah mengunakan sejenis ubat (inhaler) ubat itu saya perlu sedut setiap hari. Adakah batal puasa saya jika saya menyedut ubat itu?
Aje, Alor Setar
Jawapan:
Para salafussoleh tidak pernah mengenali jenis ubat dan kaedah rawatan melalui cara ini, ia merupakan satu sistem perubatan yang baru. Perkara ini mungkin identik penggunaan celak ketika puasa. Celak dan ubat titis air mata jika digunakan secara berlebihan sehingga terasa di kerongkong hukumnya membatalkan puasa. Begitu juga halnya dengan gas penyakit lelah ini, jika cecairan yang kita masukkan ke dalam mulut itu terasa di kerongkong, maka dapat menyebabkan membatalkan puasa.
Walaupun begitu berusahalah untuk menahan diri ketika siang bulan Ramadhan untuk tidak memakai cecair atau ubat athma ini. Jika keadaan terpaksa dan sangat memudaratkan sedangkan penggunaannya sekadar perlunya saja maka ia tergolong rukhsah (keringanan ) yang dibolehkan.
ada sebarang persoalan ? click di sini.
Mimpi (Inzal) Di siang Hari Ramadhan
Saturday, December 13, 2008Soalan saya ialah adakah batal puasa seseorang itu sekiranya terkeluar air maninya semasa dia tengah tidur?
Mat, KL
Jawapan:
Bermimpi dalam berpuasa sehingga keluar mani tidaklah membatalkan puasa. Dalam hukum ini tidak ada perselisihan pendapat para fuqaha.
ada sebarang persoalan ? click di sini.
Mimpi (Inzal) di Malam Ramadhan
Saturday, December 13, 2008Apakah hukumnya sekiranya apabila di dalam bulan ramadhan, seseorang itu tidur di malam hari dan apabila terjaga di waktu pagi (dah terbit matahari) dan dah mula berpuasa, di dapati air mani terkeluar dari kemaluannya. Bolehkah dia meneruskan puasanya dan sahkah puasanya itu?
Anwar,JB
Jawapan:
Jika kita bermimpi di malam bulan Ramadhan, dan baru tersedar ketika bangun pagi, maka segeralah mandi wajib, kemudian teruskanlah berpuasa. Sebab berjimak ataupun bermimpi pada malam hari bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Bahkan setengah ulama berpendapat bermimpi pada siang Ramadhan pun tidak membatalkan puasa namun ia harus segera mandi wajib.
ada sebarang persoalan ? click di sini.
Berjimak Ketika Masuk Subuh Bulan Ramadhan
Saturday, December 13, 2008Suami isteri berjimak semasa waktu azan subuh dibulan puasa dan kemudian mandi wajib bolehkah mereka berpuasa, sedang apa yang saya tahu masa waktu imsak kita dikehendaki berhenti makan dan membuat perkara membatalkan puasa juga selepas azan subuh maksudnya puasa itu bermula?
Amat Unus, KL
Jawapan:
Apabila seseorang menyangka bahawa fajar akan terbit lambat lagi, lalu bersetubuh. Kemudian dalam bersetubuh itu fajarpun keluar atau terdengar suara azan, maka wajiblah ia menghentikan persetubuhan itu dengan segera (serta merta) tidak boleh diteruskan lagi. Jika ia meneruskannya bererti ia telah merosakkan puasanya dengan bersetubuh yang disengajakan. Demikian pulalah dengan orang yang minum dan makan pada waktu itu.
Jika persetubuhan itu diteruskan walaupun telah terdengar suara azan, maka hendaklah membayar kaffarah. Pertama memerdekakan hamba, jika tidak ada atau tidak mampu, dengan berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup iaitu dengan memberi makan 60 orang miskin.
ada sebarang persoalan ? click di sini.
Masuk Air Wuduk ke Hidung dan Telinga Ketika Puasa
Saturday, December 13, 2008Bagaimana pula jika kita sudah terbiasa memasukkan air ke dalm hidung ketika mengambil air sembahyang? Begitu juga, ketika mandi wajib selepas masuk waktu subuh kerana berjimak di malam sebelumnya, kita dikehendakki meratakan air ke seluruh kulit. Bagaimana kita hendak meratakan air ke dalam cuping telinga? Dikhuatiri air akan termasuk ke dalam telinga?
Fatimah Azzahra, KL
Jawapan:
Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk pada bulan Ramadhan tidaklah membatalkan puasa, kerana memasukkan air disini bukanlah menyedutnya hingga ke dalam tetapi cukup saja dengan membersihkan rongga hidung tersebut. Begitu juga dengan membasuh telinga, cukup membasuh diluarnya saja tidaklah sampai memasukkan air ke dalam rongga telinga bagi menghilangkan dahaga.
ada sebarang persoalan ? click di sini.
Memberus Gigi Ketika Berpuasa
Saturday, December 13, 2008Apakah kita dibolehkan memberus gigi selepas waktu subuh ketika berpuasa?
Fatimah Azzahra, KL
Jawapan:
Sengaja bersugi atau memberus gigi dalam berpuasa dengan benda basah atau kering tidaklah membatalkan puasa. Tiada ada perselisihan para ulama dalam masalah ini. Namun menurut Imam Syafei memakruhkan memberus gigi setelah tergelincir matahari dengan tujuan untuk menghilangkan bau mulut.
ada sebarang persoalan ? click di sini.
