Hukum Bulu Anjing dan Babi

Labels:
Soalan:
Tentang bulu binatang. Pihak Darul Nu'man mengatakan bulu babi dan bulu anjing HALAL digunakan. Saya telah merujuk kepada beberapa orang Ustaz mengatakan TIDAK HALAL digunakan. Sila berikan keterangan dan hukum dengan jelas? Sekian.

Amram Abdullah, KL



Jawapan:
Menurut ulamak Zahiri, ayat 23 yang terdapat dalam surah al-Baqarah menjelaskan pengharaman daging babi, bukan lemaknya. Ini bermakna bagi golongan ini lemak babi tidak menjadi masalah menggunakannya. Bagi majoriti ulamak pula pengharaman daging babi merangkumi pengharaman daging dan lemak sekaligus, kerana lemak termasuk ke dalam daging. Inilah pendapat yang sahih. Ini kerana menurut jumhur ulamak, Allah SWT menyebut tentang daging babi bagi menjelaskan tentang batang tubuh babi itu sendiri samada ia disembelih dengan cara yang syar'i atau tidak.

Berhubung mengambil faedah dari bulu babi, ulamak berbeza pendapat. Menurut imam Abu Hanifah dan imam Malik harus menggunakan bulu babi sebagai bahan jahitan. Bagi imam Asy-Syafii tidak harus mengambil faedah dari bulu babi kerana ianya najis. Menurut imam Abu Yusuf boleh menggunakan bulu babi sebagai bahan jahitan, tetapi hukumnya adalah makruf. Menurut imam Al-Qurtubi, tidak ada perselisihan di kalangan ulamak yang seluruh badan dan anggota babi adalah haram kecuali bulunya. Bulunya adalah halal dan boleh dijadikan bahan jahitan kerana bahan jahitan yang menggunakan bulu babi wujud di zaman rasulullah SAW dan zaman selepas baginda dan tidak terdapat sebarang maklumat menunjukkan nabi ada melarang umat Islam menggunakannya. Inilah juga pendapat imam-imam selepas Baginda. (Rujuk Tafsir Ayat Ahkam oleh Muhamad Ali As-Sobuni).


Menurut ulamak Hanafi bulu anjing adalah suci kerana Rasulullah SAW melarang memakan daging bangkai termasuklah anjing bukan menggunakan bulunya. Bagi ulamak Maliki bulu anjing adalah suci tidak najis. Ulamak Syafii dan Hanbali pula menghukumkan bulu anjing adalah najis. Bagaimanapun jika bulu anjing itu kering tidak perlu kepada seseorang menyamak pakaiannya apabila terkena sentuhan bulu anjing yang kering. Ia hanya perlu menyamak apabila tesentuh bulu anjing yang basah.


(Rujuk Fikah Islami Waadillatuhu oleh Prof. Dr Wahbah Az-Zuhaili) Tentang air liur anjing menurut ulamak Hanafi, Syafii, imam Ahmad dan jumhur ulamak hukumnya adalah najis, kerana berpegang dengan hadis yang diriwayatkan oleh imam Ahmad yang memerintahkan seseorang menyamak bekas yang dijilat oleh anjing. Ini menunjukkan air liur anjing itu adalah najis. Bagi imam Malik anjing adalah suci, termasuklah air liurnya. Beliau berpendapat perintah membasuh bekas yang dijilat oleh anjing yang terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Ahmad itu disebabkan kotoran yang terdapat pada badan anjing bukan kerana kenajisannya.

Menurut ulamak Syafii dan Hanbali apabila sesuatu yang kering terkena badan anjing dan babi yang basah atau terkena anak yang dilahirkan hasil kacukan anjing dan babi atau anak yang dilahirkan hasil kacukan anjing atau babi dengan binatang lain yang halal dalam Islam, maka benda yang terkena itu hendaklah dibasuh sebanyak tujuh kali basuhan yang pertamanya dengan tanah berdasarkan hadis riwayat Ahmad yang lalu. Basuhan benda yang terkena badan anjing ini dikiaskan kepada benda yang terkena badan babi juga perlu dibasuh sebanyak tujuh kali , di mana yang pertamanya adalah tanah, kerana babi adalah lebih buruk dan jelek menurut kacamata syarak berbanding anjing.

Menurut ulamak Hanbali bahan-bahan lain boleh juga digunakan ketika menyamak sebagai menggantikan tempat tanah yang disebutkan di dalam hadis yang lalu, kerana tanah mempunyai unsur-unsur kekuatan dalam menghilangkan najis. Ini bermakna sabun dan bahan-bahan pencuci yang lain boleh juga digunakan untuk menyamak benda yang terkena badan anjing dan babi yang basah tadi kerana ia juga mempunyai daya kekuatan yang tidak kurang berbanding tanah dalam menghilangkan kotoran yang terdapat pada benda yang terkena badan anjing dan babi tadi. (Rujuk Fikah Islami Waadillatuhu oleh Prof Dr. Wahbah Az-Zuhaili)





Ajukan sebarang permasalahan agama kepada saya. Sekiranya mampu untuk saya jawab, saya akan jawab sebaik-baiknya. Sekiranya tidak, saya akan cari jawapannya daripada alim ulama yang fakih dalam urusan agama. Semoga himpunan soalan2 yang tidak semuanya terlintas di akal kita, dapat kitakongsi bersama dan bermanfaat kepada kita semua.

ada sebarang persoalan ? click di sini.
0 comments:

min yuszas..?


------------------------
my email
------------------------------
my yahoo messenger


free hit counter



Ukhwah.com :: Top Blog


Flash mp3 music player code for website/myspace

posting terbaru..

borak-borak

Followers

currency converter


komen & pendapat

corat-coret